kawan²Nyok™

1.12.09

K.A.W.A.N

"Kawan" Bukanlah satu ungkapan asing kpd kita sbg insan di muka bumi nih. Bagi aku la kan, kawan merupakan salah satu sumber yg amat penting dalam mencorak & membentuk kehidupan aku nih yg boleh dikatakan hampir mnjangkau 2 dekad neh. Macam2 jenis kawan yg aku dah jumpa. Ada yg gelak waktu aku jatuh tp tetap tolong bgunkan aku. Ada yg gelak wktu aku jatuh lepas tu p bgtau kat org laen. Tp aku xkesah pun sbb aku pun kadang2 mcm tuh. Ada jgk wktu nak mintak pnjam duet pya la baek. Waktu nak bayar smpy kn turut laa. Tp aku bkn jenis suka mntak utang kat org. Kalo aku btol2 terdesak bru aku mntak. Stakat 2, 3 ringgit tu apala sgt kan. Bukan nak kata aku kaya, tp phm2 la kan. Suma dah blaja pasal hutang neh. Wktu zaman nabi kita sendiri kan,kalo ada sahabat baginda yg meninggal, sebelum solat jenazah dekat si mati, nabi akan tya dulu adakah si mati sudah lgsaikan smua hutang2. Kalo blom nabi akan pastikan hutang si mati dilunaskan dahulu baru nabi solat jenazah ke atas si mati. Kalau x, nabi xsertai solat jenazah tuh. Jadi korg bygkan lah bertapa pentingnya kita menjelaskan hutang.


Huhu.. Kita kmbali kat tajuk utama neh, kawan. Sebenarnya aku nak cerita sepanjang 19 tahun aku hidup kat dunia yg fana neh dan selama lebih 15 tahun aku bergelar seorang pelajar, boleh kata mcm2 jenis dah kawan yg aku dah jumpa. Ada yg aku suka. Ada yg kureng. Ada yg lawak. Ada yg cepat marah. Suma neh la yg telah warnai hidup aku. Haha.. Wktu aku duk kat umah mengasuh pun aku dah ada ramai kawan. Wktu tu bru umo 2 tahun. Kat situ la aku kenal seorg kawan aku yg paling lama. Skrg neh dah jd anak dara pun.. Segak.. Heh.. Xyahla aku sebut nama dia. Kalo beliau ada baca blog aku neh tinggalkan komen k.



Waktu kat taski plak aku dpt rmy kwn jgk. Wktu tu boleh dikatakan aku neh mcm otai r kat taski tuh sbb bdn aku yg sasa nih. Kalo maen robocop ka.. Power rangers kaa.. mst aku jd ketua. Haha.. Best sgt time tuh.. Tup tup dah abes pun taski aku.. Masuk plak sekolah rendah. Nama skul aku adalah, sekolah kebangsaan sri limau. Kat sana lg ramai kawan aku jumpa. Dan kat sini jugaklah aku tubuhkan satu kumpulan yg dinamakan REKAJI. Port grup aku nih kat bgunan umah kedai tmn sri seladang. Wktu tuh bru jer siap taman tuh dan kami menceroboh masuk. Hahah.. Dlm grup nih aku jgk la jd ktua. Mmg agak terurus arr grup aku nih sbb siap ada setiausaha.. bendahari.. haha.. tp grup nih kurg produktif sbb duet msuk xbyk laa.. biasa r kecik lagi tyme tuh.. duet poket dpt sari 2 ringgit jaa.. blanja mkn kat skul abes r.


Lepas sekolah rendah aku p sekolah menengah plak. Nama skul aku plak, sekolah mengah sains sultan mohamad jiwa. Sebenarnya aku pun xsangka yg aku mmpu tok masuk skul yg bleh dianggap terbaik kat kedah nih sbb aku target nak p badlishah jaa.. Rezki jgn ditolak.. musuh jgn dicari.. so aku proceed jeh masuk SBP neh walaupun mak aku kurg selesa sbb aku kn duk asrama. Heh.. Dekat smssmj neh la aku blaja mcm2 ttg kawan. Maunya x, kalo kat sek. ren. dlu dekat kelas ja jumpa mmber.. lepas tu wktu ptg.. tp kat sek. men. neh aku jumpa dgn mmber 24 jam sehari.. Mmg mcm2 kerenah yg bleh aku lihat. Kat sini mmg btol2 aku blajar berdikari. nak harapkan sapa lg? suma kn buat sndiri. Nak suruh mmber depa pun ada keja jugak. jadi dr aku xreti nak iron baju smpy la bleh dikatakan pro iron baju la aku duk kat situ. Kawan2 dekat smssmj neh plak bleh dikatakan antara yg terbest la pnah aku jumpa.


Lepas lbeh kurang 5 bulan aku duk umah lepas spm, aku kn p smbg belajar kat matrik plak.. Tp kali neh mmg jauh. Aku dpt smbg belajar di kolej matrikulasi pahang. Kehidupan aku kat sini lg sempoi. Kawan2 pun uniq2 belaka. Tp aku xsempat nak rapat dgn ramai org kat sana sbb 10 bulan ja aku duk sana. Tp pengalaman duk kat negeri gajah putih neh mmg best. Kehidupan aku mmg btol2 berdikari. Naseb baek berkat pengalaman aku selama 5 tahun blaja kat smssmj tuh, kehidupan aku lebih terurus. Kawan2 aku kat sini dtg dr seluruh pelusuk malaysia. Haha.. Xbanyak aku bleh ceritakan ttg kehidupan aku kat kmph neh sbb kebanyakan masa dihabeskan utk blaja jeh.. mmg tekanan. Tp antara pengalaman yg paling mencabar la bg aku..


Skrg neh aku masih mnnti universiti mna la yg sanggup nak amek aku tok smbg blaja.. Hope aku dpt la um.. amin. Aku masih dalam perjalanan mencari erti persahabatan sungguhpun telah beratus malah beribu kawan yg ku miliki. Xsenang utk aku memuaskan hati semua pihak. Bagi aku, persabatan tu sebuah ikatan agung yg susah utk dileraikan jika keikhlasan mnjadi kuncinya. Ingatlah kawan2, kita selalunya xmerancang utk gagal tp gagal utk merancang!! Kepada semua kawan2 ku xkiralah yg aku kenal atau x.. kalo ada terbaca nukilan aku kali neh tinggalkan komen k. Huhu.. Setakat neh jer.. Assalamualaikum..



love to be with urs~





2 comments:

  1. ohh2~rndu zmn skula..idup dgn sng lenang..xcm skang..kpla da nk pecah..haishh

    ReplyDelete
  2. ya ya..
    sgt stujuu..
    zmn sekulah sgt heaven..
    gagaga~
    xp life must go on..
    layan jeh~
    wee~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

 

Blogger Template | Created by Adam Every